Tag Archives: mula

Perkahwinan Kim Kardashian & Kris Humphries Mula Retak?

Perkahwinan Kim Kardashian & Kris Humphries Mula Retak?

Baru 2 bulan berkahwin, pasangan selebriti yang menyambut majlis mereka secara eksklusif dan bernilai $10 Juta ini telah mula goyah.

Kim yang mempunyai rangkaian perniagaan dan rancangan realiti sendiri ini mula rasa tidak senang duduk apabila suaminya sudah tidak bekerja kerana sedikit masalah dengan NBA. Masalah mereka berdua berpunca sehari sebelum hari lahir Kim pada 21 Oktober lepas.

Mereka turut dilihat dalam keadaan dingin ketika menghadiri rancangan tv, ‘Dancing With The Star’ untuk melihat Rob Kardashian yang juga peserta rancangan tersebut.

Perkahwinan mereka berdua dilangsungkan 9 bulan selepas berkenalan dan dikatakan pada satu tahap, Kim telah mula bosan dengan Kris yang langsung tidak buat apa-apa untuk menyara keluarga.

Untuk pengetahuan, perkahwinan mereka ditaja sepenuhnya dan hanya wakil media tertentu yang dibenarkan membuat liputan di majlis perkahwinan mereka. Majlis perkahwinan mereka turut dijadikan rancangan tv bertajuk, ‘Kim’s Fairytale Wedding’.


	

Neelofa mula berubah?

Neelofa mula berubah?

BETULKAH Neelofa sudah berubah? Cerita ini disampaikan oleh beberapa orang industri yang mengatakan, kononnya pelakon cantik itu sekarang sudah pandai memilih dengan siapa dia hendak berkawan. Malah Neelofa juga dikatakan selalu bersikap perasan bahawa kehadirannya begitu penting dalam banyak acara.

Dek kerana itu juga, kata mereka Neelofa pasang bodyguard, selain hendak tunjuk pada umum yang dia bukan calang-calang orang. Macam-macam lagi cerita, tetapi Joyah tak berapa nak ambil pusing bila dapat tahu semua cerita itu mereka kata baca di blog hiburan. Penulis blog hiburan pun bukannya boleh percaya sangat, banyak yang tak ada etika pun, asyik mengutuk dan mengata sahaja.

Setahu Joyah sebelum ini Neelofa telah menerima ancaman yang boleh menggugat keselamatan dirinya, sebab itu keluarganya terpaksa upah pengawal untuk menjaga dirinya.

Neelofa juga jenis artis yang berani mengatakan kebenaran, bijak dan ada idea sendiri. Mungkin sebab dia ni tak ikut telunjuk orang sangat, sebab itu ada orang tak berapa senang.

Apapun, semoga apa yang diperkatakan orang itu tidak benar. Neelofa perlu buktikan yang dirinya adalah seperti padi. Semakin menunduk ke bumi apabila semakin berisi.

Neelofa, mula, berubah, orang, industri, pelakon, cantik, sekarang, memilih, berkawan, bersikap, perasan, kehadiran, begitu, penting, banyak, acara, Neelofa, pasang, bodyguard, tunjuk, pusing, Neelofa perlu, buktikan, padi, menunduk, bumi, semakin, berisi, baca, blog, hiburan, Penulis, blog, hiburan, percaya, sangat, etika, asyik mengutuk, mengata, Artis cerita, Artis cinta, Artis foto, Artis gambar, artis gay, Artis hiburan, Artis Indon, Artis Indonesia, Artis kl, Artis kontraksi, artis malaysia, Artis Melayu, Artis pilihan, Artis video, ArtisArtis berita, awek artis, awek cantik, awek cina, awek indon, awek jepun