Tag Archives: lagu

Elton John Gegarkan Malaysia 22 November Ini

Elton John Gegarkan Malaysia 22 November Ini

Ikon muzik dunia, Elton John bakal mengadakan konsert sulungnya di Malaysia pada 22 November akan datang bertempat di Arena Of Stars, Genting Highlands.
Elton, 64, akan diiringi kugiran yang telah bersama membuat persembahan dengannya selama beberapa tahun pada konsert “Greatest Hits Tour” tersebut.

Elton yang terkenal dengan lagu hits seperti “Candle In The Wind”, “Rocket Man”, “Levon” dan “Your Song” telah berjaya memenangi lima trofi Anugerah Grammy dan lebih 250 juta unit albumnya telah terjual di seluruh dunia sepanjang penglibatannya selama 40 tahun dalam arena muzik.

Malah Elton masih lagi berterusan mengadakan lebih 100 buah persembahan setahun sekaligus menjadikannya sebagai salah seorang daripada Top 10 Artis Paling Terlaris dalam sejarah muzik.

Bagi peminat setia Elton John yang ingin menghadiri konsert “Greatest Hits Tour” November ini bolehlah mendapatkan tiket berharga RM383, RM483, RM783, RM883, RM1183 dan RM1383 di laman web AirAsiaRedTix sekarang.

Elton John, Gegarkan, Malaysia, November, Ikon, muzik, dunia, Elton John, bakal, konsert, sulung, Malaysia, November, bertempat, Arena Of Stars, Genting Highlands, persembahan, beberapa, konsert, Greatest Hits Tour, lagu, hits, Candle In The Wind, Rocket Man, Levon “Your Song” berjaya, memenangi, lima, trofi, Anugerah, Grammy, juta, unit, album, terjual, seluruh, dunia, sepanjang, penglibatan, selama, tahun, arena, muzik, Top, Artis, Paling, Terlaris, Elton John foto, Elton John gambar, Elton John konsert, Elton John artis lelaki, Elton John persembanhan, Elton John muzik, Elton John lagu, Elton John mtv, Elton John lagu hits, web Elton John

Dayang bersantai di Amsterdam

Dayang bersantai di Amsterdam

SEJAK memasuki industri hiburan pada 1999, kesempatan berlibur hanya diperoleh penyanyi bersuara lunak kelahiran Kuching, Sarawak, Dayang Nurfaizah Awang Dowty setiap kali tiba musim Aidilfitri.

Sedikit berbeza kerana sering kesempatan itu dimanfaatkan Dayang untuk bersama keluarga, menebus kembali waktu yang disita sejak berhijrah ke Kuala Lumpur. Lantaran cinta dan dedikasi terhadap nyanyian juga membuat Dayang seperti tersihir hingga lupa mencari masa untuk dirinya sendiri.

Akur mindanya juga memerlukan rehat dan ruang damai, penyanyi yang popular dengan lagu Seandainya Masih Ada Cinta itu nekad melupakan seketika tuntutan dunia nyanyian yang tidak berkesudahan, baru-baru ini.

Dayang, 30, memilih untuk terlebih dulu bersantai di London, sebelum berlepas ke Amsterdam, Belanda kerana undangan mengadakan persembahan makan malam anjuran Kedutaan Malaysia di sana. Ditemani teman baiknya yang juga Pengurusan Jualan dan Pemasaran, Hard Rock Cafe Kuala Lumpur, Sharina Ahmad, Dayang berlepas ke London pada 16 September lalu dan berada di sana selama seminggu.

“Ini kali pertama Dayang dapat berehat sepenuhnya. Bukan tidak pernah mengembara ke luar negara, cuma tidak puas kerana selalunya Dayang terikat dengan jadual persembahan. Tetapi kali ini Dayang letakkan ke tepi semua urusan kerja, sebaliknya Dayang menikmati setiap ruang yang ada untuk menjamah keasyikan bercuti itu tanpa bebanan.

“Seronok sesekali dapat bersantai dan berjalan bebas tanpa memikirkan hal kerja. Kami juga tidak merancang aktiviti, sebaliknya menjelajah seluruh isi kota London mengikut gerak hati,” kata Dayang yang tidak keberatan berkongsi foto kenangan sepanjang di sana.

Usai meneroka kota kebanggaan masyarakat Inggeris, Dayang dan Sharina berlepas ke Amsterdam untuk menghibur rakyat Malaysia yang bekerja di situ.

Dayang, bersantai, Amsterdam, industri, hiburan, kesempatan, berlibur, penyanyi, bersuara, lunak, kelahiran, Kuching, Sarawak, Dayang Nurfaizah Awang Dowty, musim, Aidilfitri, berbeza,  kesempatan, manfaat, Dayang, bersama, keluarga, menebus, kembali, waktu, sita, sejak, berhijrah, Kuala Lumpur, cinta, dedikasi, nyanyian, tersihir, lupa, mencari, masa, damai, popular, lagu, Masih, Cinta, nekad, melupakan, seketika, tuntutan, dunia, nyanyian, berkesudahan, Dayang, memilih, terlebih, bersantai, London, Dayang, Sharina, Pengurusan, Jualan, Pemasaran, Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur, Sharina Ahmad

Nana Nafi Bercerai Dengan Brian

Nana Nafi Bercerai Dengan Brian

Kebelakangan ini, angin tak ada, ribut pun tak ada pun tiba-tiba boleh terkeluar cerita artis bercerai-berai.

Nana adalah seorang lagi artis yang dikatakan telah bercerai dengan Brian oleh seorang kaunselor, seperti yang disampaikan oleh pengunjung Forum Cari yang menghadiri ceramah kaunselor itu.

Menurut kaunselor yang disebutkan, Nana dan Brian bercerai kerana menjadikan gitar sebagai hantaran perkahwinan.

Nana, Nafi, Bercerai, Brian, angin, ribut, terkeluar, cerita, artis, bercerai-berai, kaunselor, pengunjung, Forum, ceramah, kaunselor, Nana, bercerai, gitar, hantaran, perkahwinan, Berita Hiburan, Berita Hiburan awek, Berita Hiburan berita, Berita Hiburan bf1, Berita Hiburan cerita, Berita Hiburan gambar, Berita Hiburan Hiburan, Berita Hiburan Indonesia, Berita Hiburan kl, Berita Hiburan kontraksi, Berita Hiburan malaysia, Berita Hiburan Melayu, Berita Hiburan musik, Berita Hiburan pilihan, Berita Hiburan video,  gambar, Nana Nafi Hiburan, Nana Nafi lagu, Nana Nafi malaysia, Nana Nafi Melayu, gay artis, gay hiburan, hiburan, Hiburan cinta, hiburan gay, hiburan jepun, hiburan korea, hiburan malaysia, hiburan melayu, lagu, tayang indonesia, tayang jepun, tayang malaysia