Tag Archives: jasmine

Nama Tengku Cleopatra Haidar Tiada Kaitan Dengan Ratu Firaun – Que Haidar

Nama Tengku Cleopatra Haidar Tiada Kaitan Dengan Ratu Firaun – Que Haidar

Pastinya anda semua mengetahui yang nama anak perempuan Que Haidar dan Linda Jasmine ialah Tengku Cleopatra Haidar. Anak kedua pasangan ini telah dilahirkan pada bulan April lepas. Pemberian nama Cleopatra telah menimbulkan persoalan kepada orang ramai kerana ianya dikaitkan dengan nama seorang ratu Firaun.

Namun Que Haidar yang telah ditemui oleh wartawan Mstar Online memberitahu yang persoalan tersebut adalah tidak masuk akal sama sekali. Menurut Que, nama tersebut telah dipilih daripada bahasa Greek yang menggambarkan seorang wanita cekal dan berkepimpinan tinggi. Kata Que:-

“Semasa membuat pemilihan nama itu saya dan isteri langsung tidak terfikir tentang kaitan nama itu dengan seorang ratu Firaun sebaliknya lebih tertumpu kepada gambaran seorang wanita yang tabah dan cekal dalam kehidupannya. Apabila orang mengatakan saya memberi nama yang tidak elok kepada anak, ia satu tuduhan yang tidak betul. Ibu bapa tidak akan berbuat demikian malah kita sentiasa mahukan yang terbaik buat zuriat kita”.

Pemilihan nama Cleopatra telah dilakukan oleh Que dengan persetujuan daripada isterinya sendiri. Bagi Que, apa yang penting ialah didikan yang diberikan mampu menjadikan anaknya mempunyai pegangan agama yang kuat. Kata Que:-

“Saya sendiri yang iqamatkan anak-anak saya dan mereka adalah seorang Islam. Apa yang lebih penting bagaimana anak-anak saya dibesarkan dan bukannya pada nama”.

Diharap dengan penjelasan ini, tiada lagi sesiapa yang mempersoalkan hal ini lagi di masa hadapan. 

 

2162009_quelindaa

Selamat Pengantin Baru Que, Linda!

Que, Linda Artist, Que, Linda lagu,Que, Linda musik, Que, Linda mtv, Que, Linda berita, Que, Linda Web,Que, Linda galeri, Que, Linda foto,Que, Linda portofolio,Que, Linda,Que, Linda album,Que, Linda info,Que, Linda film,Que, Linda terbaru,Que, Linda pos,Que, Linda surat,Que, Linda

Selamat Pengantin Baru Que, Linda!

2162009_quelindaa

KUALA LUMPUR, 15 FEB 2009: Konsep ‘Bali Dalam Taman’ menjadi pilihan Tengku Iskhan Tengku Haidar atau Que Haidar, 29, dengan Linda Jasmine Murad Hashim atau Linda Jasmine, 36, sewaktu majlis pernikahan serta persandingan mereka diadakan di restoran Bora Ombak, Ampang, petang semalam.

Pemilihan konsep tersebut berjaya mencetuskan suasana penuh romantis dalam majlis bermakna bagi pasangan mempelai itu yang turut diadakan bersempena Hari Kekasih.

Lebih menarik lagi apabila putih turut dijadikan rona tema bagi keseluruhan majlis ini seolah-olah membawa simbol cinta suci yang telah termeterai antara mereka berdua sehingga menjadi suami isteri.