Tag Archives: Erra Fazira model

Erra Hampir Gila – Emosi Diri

Erra Hampir Gila – Emosi Diri

Bila disebut rumah tangga artis, sudah pastinya ramai peminat ingin tahu cerita sebenar apa yang sedan dilalui? Kemasyhuran yang diraih memungkinkan segala kehendak hidup mampu diisi namun di sebalik silau populariti, dirinya berada di tengah sasaran. Dia ditembak bertubi-tubi dari kiri dan kanan.

Ketika kisah rumah tangganya bersama Engku Emran mulai sunyi daripada topik bualan, kini masuk pula skandal cinta yang entah mana datangnya. Biar seteguh manapun dia bertahan, Erra akui boleh goyah.

Berbunyi klise, namun mudah sahaja situasi itu digelar pasrah. Memberi jawapan yang juga kedengarannya klise, rumusan Erra berbunyi ringkas.

“Jawapan saya mudah dan boleh jadi juga jawapan yang kedengaran klise. Saya percaya, ada sebab saya diletakkan dalam keadaan seperti ketika ini. Dulu pun, keinginan sebenar saya ialah untuk menjadi penyanyi, tapi lakonan lebih menjadi. Saya ambil semuanya dengan cara yang positif, selalu positif. Ada sebab saya di sini,” katanya.

Resolusi terakhir

Mencari sisi terbaik untuk menguraikan gelojak jiwanya, Erra sekalipun tidak melatah biar banyak dan sudah berulang-ulang juga disuakan dengan persoalan yang sama. Ternyata sepak terajang sepanjang berbelas tahun berumah di persada seni, menjadikan dia cukup berhemah dalam menepis mahupun menelan api kontroversi.

Erra tersenyum sepanjang isi hatinya mahu digali lagi. Sengaja kisah pengunduran daripada naskhah teater Tun Siti Hasmah di Istana Budaya diketepikan seketika, sementara wanita beranak satu itu mahu ingin diajak bercerita tentang pilihan-pilihan yang menjadi keutamaan kendiri.

Kata Erra, dalam memilih dan mencari sesuatu yang terpilih untuk diambil sebagai keputusan jalan hidup, dia terlebih dahulu condong untuk memikirkan perasaan orang lain.

“Akan tetapi apabila tiba satu peringkat yang menuntut saya untuk tidak lagi terlalu memikirkan perasaan orang lain, di situlah kata hati akan mengambil tempat.

“Seboleh-bolehnya, saya seorang yang mahu membahagiakan orang, namun sebelum ia menjadi racun dalam diri, barulah saya beratkan perasaan sendiri pula,” katanya.

Ruang pilihan Erra

Sambil membahagi-bahagikan pilihan ke dalam konteks suhu karier hari ini, kepercayaan serta keterbukaan berkongsi perihal diri, kata kunci ‘selektif’ masih tak lepas dari pandangan.

“Sejak dari dulu sampailah sekarang, pilihan yang diputuskan dalam karier saya dibuat atas banyak faktor. Ada yang kerana skrip, pelakon, kawan, penerbit dan ekonomi. Sekarang saya terikat dengan Astro namun saya masih ada hak untuk membuat pilihan, bukannya kerana saya terpaksa atau keterlaluan memperbodohkan diri. Tapi tak tahulah jika ada yang fikir begitu, bukan senang nak puaskan hati semua pihak. Saya anggap itu sisi lakonan saya yang berbeza daripada fasa lakonan saya yang terdahulu,” katanya menjawab soal pilihan atas kekerapan persembahan di kaca televisyen ketika ini.

Sedar bahawa iklim industri seni di Malaysia tidak seindah di luar negara, sikap terlalu menjaga satatus juga bukanlah sesuatu yang praktikal pada hemahnya.

“Saya memang cintakan karier saya tapi jika asyik hendak menjaga status atau jolokan yang diberikan, saya pun kena fikir tentang tanggungjawab saya, ada mulut yang harus saya suap,” getusnya optimis.

Masih bergerak atas topik selektif, soal kepercayaan dan keterbukaan Erra untuk berkongsi jeritan batinnya turut terpanggil untuk didekati. Kata Erra, pengalaman ‘ditikam dari belakang’ oleh rakan baik sendiri membuatkan dirinya sangat berhati-hati untuk memberi sepenuh kepercayaan kepada orang lain.

“Cuma saya bertuah sebab ada seseorang yang saya boleh beri sepenuh kepercayaan. Dia berpangkat makcik saya sendiri tapi kami sebaya. Kadang-kadang nasihatnya bukanlah perlu diikuti pun tapi bila dapat berkongsi masalah dengannya, saya akan berasa lega. Kalau simpan, boleh jadi gila,” ulas Erra yang sudah diketahui umum mempunyai ikatan persahabatan akrab bersama rakan artis seperti Datin Paduka Umie Aida dan Zahidi Rafik itu.

Apa pun Erra perlu menanamkan semangat yang kuat tuntuk mengukuhkan semula kedudukan rumahtangga nya..
sumber kosmo

bayi

Gambar Anak Erra Fazira Dan Engku Emran

Erra Fazira Selamat Lahirkan Engku Aleesya, Erra Fazira musik, Erra Fazira mtv, Erra Fazira berita, Erra Fazira Web, Erra Fazira galeri, Erra Fazira foto, Erra Fazira portofolio, Erra Fazira album, Erra Fazira info, Erra Fazira filem, Erra Fazira terbaru, Erra Fazira pos, Erra Fazira surat, Erra Fazira mail, Erra Fazira model, Erra Fazira model antarabangsa, Erra Fazira bergaya, Erra Fazira menawan, Erra Fazira hebat, Erra Fazira tubuh cantik, Erra Fazira badan fit, Erra Fazira tubuh fit, Erra Fazira badan langsing, Erra Fazira terkenal, Erra Fazira popular, Erra Fazira myspace, Erra Fazira youtube,  Erra Fazira facebook, Erra Fazira friendster, Erra Fazira tagged, Erra Fazira blog, Erra Fazira menarik, Erra Fazira unik, Erra Fazira wajah, Erra Fazira rahsia, Erra Fazira makanan, Erra Fazira biodata, Erra Fazira hiburan, Erra Fazira terkini, Erra Fazira seksi.

Gambar Anak Erra Fazira Dan Engku Emran

Akhirnya cari punya cari, akhirnya dapat juga penulis ketemui gambar bayi yang didukung sendiri oleh Erra Fazira. Sememangnya memang peminat-peminat nak tahu gambar bayi berkenaan. Memang comel dan cute sungguh bayi ni Tapi

bayi

Ini bukan anak Erra. Tapi anak orang lain ketika Erra masih mengandung. Kira masa tu Erra berlatih atau belajar dukung bayilah citernyer.

diharapkan bersabarlah sedikit masa lagi yer. Rileks and cool. Ahaks. Happy April Fool (awal sangat kot).

erra

Erra Fazira Selamat Lahirkan Engku Aleesya

Erra Fazira Selamat Lahirkan Engku Aleesya, Erra Fazira musik, Erra Fazira mtv, Erra Fazira berita, Erra Fazira Web, Erra Fazira galeri, Erra Fazira foto, Erra Fazira portofolio, Erra Fazira album, Erra Fazira info, Erra Fazira filem, Erra Fazira terbaru, Erra Fazira pos, Erra Fazira surat, Erra Fazira mail, Erra Fazira model, Erra Fazira model antarabangsa, Erra Fazira bergaya, Erra Fazira menawan, Erra Fazira hebat, Erra Fazira tubuh cantik, Erra Fazira badan fit, Erra Fazira tubuh fit, Erra Fazira badan langsing, Erra Fazira terkenal, Erra Fazira popular, Erra Fazira myspace, Erra Fazira youtube,  Erra Fazira facebook, Erra Fazira friendster, Erra Fazira tagged, Erra Fazira blog, Erra Fazira menarik, Erra Fazira unik, Erra Fazira wajah, Erra Fazira rahsia, Erra Fazira makanan, Erra Fazira biodata, Erra Fazira hiburan, Erra Fazira terkini, Erra Fazira seksi.

Erra Fazira Selamat Lahirkan Engku Aleesya

‘Alhamdulillah, Suria fm sudah mempunyai seorang pendengar baru Engku Aleesya, yang selamat dilahirkan pada 11.40 pagi,” begitu mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) Ketua Pegawai Operasi Suria fm, Engku Emran Engku Zainal Abidin kepada mStar sebentar tadi, 30 Mac 2009.

Engku Aleesya dilahirkan seberat 4.04 kg secara normal di Damansara Specialist Center, PJ.

erra

Emran jelas amat teruja dengan kelahiran anak sulungnya.

“Erra dan Aleesya dalam keadaan sihat,” kata Emran lagi. Pelakon dan penyanyi Erra Fazira dimasukkan ke sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur, pada pukul 11.30 malam (29/3) setelah mengalami kesakitan.

Pada jam 3 petang nanti, Engku Emran akan mengadakan sebuah sidang akhbar di Damansara Specialist Center.