Tag Archives: emran

Sambutan Hangat Mertua Vs Menantu

Erra Fazira Artist, Erra Fazira, Erra Fazira musik, Erra Fazira mtv, Erra Fazira berita, Erra Fazira Web, Erra Fazira galeri, Erra Fazira foto, Erra Fazira portofolio, Erra Fazira album, Erra Fazira info, Erra Fazira film, Erra Fazira terbaru, Erra Fazira pos, Erra Fazira surat, Erra Fazira mail.

Sambutan Hangat Mertua Vs Menantu

2252009_erranewa

Kejayaan drama bersiri Mertua vs Menantu terbitan MIG Productions yang mencatat rating tertinggi di saluran Astro Prima sejak ke udara mulai 22 Oktober lalu semakin memberikan keyakinan buat Erra Fazira untuk terus berlakon drama bersiri.

“Sebelum ini saya pernah berlakon dalam telefilem Jo & Faridah bersama Adlin Aman Ramlie. Tapi untuk  drama bersiri tidak pernah lagi. Jadi,  Mertua vs Menantu adalah drama bersiri pertama saya.

“Tidak sangka pula percubaan saya berlakon dalam drama bersiri membuahkan hasil. Kalau hendak diikutkan, saya mempunyai satu lagi drama bersiri iaitu Rona Roni Makaroni.

“Tapi, apabila melihat skrip serta jalan cerita Mertua vs Menantu, ia lebih menarik perhatian saya kerana isunya serius walaupun penyampaiannya secara komedi.
“Memang sudah lama saya teringin untuk berlakon cerita yang seperti ini. Saya juga menyukai watak Nurul Ain yang ditampilkan. Dia seorang mekanik perempuan yang berpewatakan kasar tetapi bukan tomboy.

Erra ditemui sewaktu majlis kesyukuran Mertua vs Menantu di Restoran Lemon, milik produser MIG sendiri, David Teo. Dalam majlis itu, David turut memgumumkan penerbitan musim kedua drama bersiri tersebut selepas Erra selamat bersalin serta berpantang kelak.

Musim kedua Mertua vs Menantu ini akan menyaksikan kehadiran bayi dalam keluarga Datin Faridah (Rozie Othman) iaitu ibu mertua Erra (Nurul Ain).  Malah David tidak keberatan untuk menonjolkan bayi Erra sendiri dalam musim kedua.

“Tapi itu hanya perancangan. Saya kena berbincang perkara ini dulu dengan suami saya (Engku Emran). Maklumlah ia membabitkan penggunaan lampu yang sangat terang di set penggambaran, jadi ia bukan sesuatu yang mudah.
“Namun untuk kembali bertugas semula selepas 44 hari berpantang, ia bukanlah satu masalah bagi saya, insya-Allah. Cuma yang risau berat badan dan mengembang,” kata Erra.
Sejak mengandung, Erra mengakui berat badannya telah naik 21 kilogram.
“Bukan saya tak berusaha untuk kawal makan tapi kadang-kadang tak mampu. Kalau Emran ada di rumah, dia selalu akan pastikan saya mengambil makanan yang banyak protein. Tapi bila Emran pergi kerja, saya mulalah cari nasi semula!” kata Erra sambil ketawa.

Mertua vs Menantu arahan Feroz Khan turut dibintangi Aqasha, Jehan Miskin, Raja Farah, Almy Nadia serta Sheila Mambo. Ia kini masih lagi ditayangkan di Astro Prima setiap Rabu, jam 10 malam.

Erra Fazira Dan Engku Emran ke Majlis Tahlil Sudirman

Erra Fazira Dan Engku Emran Artist, Erra Fazira Dan Engku Emran lagu,Erra Fazira Dan Engku Emran musik, Erra Fazira Dan Engku Emran mtv, Erra Fazira Dan Engku Emran berita, Erra Fazira Dan Engku Emran Web,Erra Fazira Dan Engku Emran galeri, Erra Fazira Dan Engku Emran foto,Erra Fazira Dan Engku Emran portofolio,Erra Fazira Dan Engku Emran album,Erra Fazira Dan Engku Emran info,Erra Fazira Dan Engku Emran film,Erra Fazira Dan Engku Emran terbaru,AErra Fazira Dan Engku Emran pos,Erra Fazira Dan Engku Emran surat,Erra Fazira Dan Engku Emran

Erra Fazira Dan Engku Emran ke Majlis Tahlil Sudirman

s7ox01

Majlis tahlil sempena memperingati ulangtahun pemergian Allahyarham Sudirman ke-17 telah dilakukan 19 Feb 2009, di Restoran Puteri, Taman Tun Dr. Ismail.Majlis tahlil ini dianjurkan oleh Kosmetik Leesa Formula dan Suria FM yang berlangsung mulai pukul 6.30 petang itu turut disertai oleh lebih 30 rakan artis, Ketua Pegawai Operasi Suria FM, Engku Emran Engku Zainal Abidin, penyampai Suria FM dan Pengarah Urusan Leesa Formula Sdn. Bhd., Che Mona Din beserta suami dan anak-anaknya.Antara selebriti yang hadir adalah Erra Fazira, Noniswara, Eira Syazira, Emma Akma, Bob AF, Khai AF, Didie AF, Rabbani, Alyah, Farah Ashikin, Ina Naim dan suami, Din Wahab, Rubiah Suparman, dan Habsah Hassan.

Isteri Amy Search, Norish Hamil 2 Bulan

Amy Search Artist, Amy Search lagu,Amy Search musik, Amy Search mtv, Amy Search berita, Amy Search Web,Amy Search galeri, Amy Search foto,Amy Search portofolio,Amy Search album,Amy Search info,Amy Search film,Amy Search terbaru,Amy Search pos,Amy Search surat,Amy Search

Isteri Amy Search, Norish Hamil 2 Bulan

dv011un4

Kalau Erra Fazira teruja dan berdebar menanti kelahiran anak sulungnya dengan Engku Emran, dalam diam-diam, isteri vokalis Search, Amy, iaitu Norish juga sedang mengandung. Kalau tak silap, usia kandungan Norish kini sudah dua bulan. Punyalah gembira Amy dan Norish, sampai tak tercakap apa. Amy yang menginjak umur 51 tahun memang mengimpikan seorang lagi anak. Perkahwinannya dengan Norish telah dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Alexender dan Sania. Nampaknya Tuhan makbulkan doa mereka. Amy sendiri sempat bergurau. Katanya, lagi meriah kalau Nabila pun mengandung tahun ini. Bolehlah dia jadi ‘datuk’ dan ayah dalam satu masa.