Tag Archives: berita harian

Tuah Anzalna

Tuah Anzalna

Rezeki Anzalna Nasir semakin berlimpah tetapi bintang Sepah The Movie ini berhati-hati terima tawaran

HANYA berbekalkan sebuah drama bersiri, Suria Di Cordoba yang menjadi ‘pasport’ kemunculan sulungnya di bidang lakonan, nama Anzalna Nasir, 23, semakin hari terus meniti di bibir. Biarpun sekadar menjadi finalis Dewi Remaja 2010, namun berbekalkan wajah cantik macam Rozita Che Wan, dia melangkah setapak lagi apabila bakal membintangi filem sulungnya, Sepah The Movie yang bakal menjalani penggambaran sedikit masa lagi.

Inilah yang dinamakan tuah orang cantik. Sekalipun bakat lakonannya belum benar-benar teruji, namun selepas membintangi drama kedua, Ramadan Terakhir di TV3 tidak lama dulu, Anzalna yang sebelum ini pernah menetap di Tasmania, Australia selama beberapa tahun kerana melanjutkan pengajiannya, semakin sukar membuat pilihan apabila peluang membintangi drama dan filem terus mengintai dirinya.

“Sekalipun saya tidak memenangi sebarang tempat dalam pertandingan Dewi Remaja yang lalu, sekadar finalis saja, namun saya masih diberi peluang untuk mencuba pelbagai bidang seni apabila pernah ditawarkan sebagai pembaca berita dan pengacara, tapi lakonan juga yang menjadi pilihan, tambahan pula ia turut direstui keluarga sekalipun saya boleh memilih kerjaya sebagai guru bahasa berbekalkan kelayakan yang ada.

“Saya juga minat menyanyi dan menyimpan cita-cita untuk bekerja dengan pengarah muzik terkenal, Datuk Ramli MS suatu hari nanti. Namun, nyanyian sekadar menjadi perancangan kerana lakonan tetap menjadi keutamaan. Biarlah kita buat satu persatu dulu supaya bidang yang dipilih itu boleh dibanggakan. Saya tak mahu terburu-buru, nanti orang kata saya terkena kejutan budaya pula.

“Biarpun nama saya masih terlalu hijau dalam industri ini, namun saya bersyukur kerana boleh dikatakan saban hari ada saja tawaran berlakon drama dan filem. Pun begitu, saya tak mahu dilabel gelojoh apabila menerima apa saja di depan mata. Saya hanya terima tawaran mengikut kemampuan diri, selain memikirkan jalan cerita, genre yang diketengahkan, siapa pengarahnya dan produser yang bertanggung jawab,” katanya di awal bicara.

Sebelum Anzalna terjun ke dunia seni, dia pernah memuat turun beberapa keping gambar peribadinya bersama pemuda berbangsa Inggeris (kini bekas teman lelaki) ke laman sosial Facebook (FB), namun ia sudah pun tersebar secara meluas di dalam internet sebaik saja beliau menyertai Dewi Remaja 2010. Namun, dia bernasib baik kerana kepercayaan pengarah dan produser tidak pernah luntur terhadapnya gara-gara foto peribadi itu.
Katanya lagi, dia tidak mahu menuding jari kepada orang lain yang mungkin berniat serong terhadapnya kerana penyebaran gambar peribadi itu di internet berpunca daripada kesilapan dirinya sendiri. Baginya, kelalaian yang dilakukan sebelum bergelar anak seni sebenarnya mematangkan diri sendiri supaya lebih berhati-hati. Kini, baru dia faham, pihak di luar sana sentiasa menanti saat sesuai untuk ‘membekalkan’ kontroversi buatnya.

“Saya dah sedar, gambar peribadi, akan tetap menjadi milik peribadi dan bukan untuk tontonan umum. Kini, saya lebih berhati-hati dengan setiap perbuatan, tutur kata dan tingkah laku. Orang akan sentiasa mencari kesilapan kita apabila diri menjadi perhatian umum. Pun begitu, saya minta maaf di atas kelalaian itu. Berilah saya peluang memperbaiki kesilapan diri,” pinta Anzalna.

Anzalna juga mendakwa dia kerap menjadi mangsa ejekan apabila dikatakan ingin bermegah apabila kerap menggunakan slanga bahasa Inggeris apabila berbual dengannya. Mentang-mentanglah dia pernah menetap di Australia selama lima tahun dan hanya pulang ke tanah air sekitar 2009, pertuturannya dikatakan masih ‘pekat’ apabila perbualan dalam bahasa Malaysia sering diselang seli dengan bahasa Inggeris.

“Saya tidak pernah berniat atau bangga diri sekalipun saya mampu bertutur dalam bahasa Inggeris dan Perancis dengan baik. Sebaliknya cara pergaulan itu yang mempengaruhi keadaan. Maksudnya apabila saya bersembang dengan orang yang kita tak berapa kenal, mungkin apabila saya terlepas cakap bahasa Inggeris, mereka melabel saya ‘kekwat’ apabila terdengar slanga berkenaan.

“Namun, apabila saya berbual dengan kawan-kawan rapat, mereka tahu, saya sebenarnya tak pernah berniat untuk bangga diri apabila sekali sekala terlepas cakap bahasa Inggeris. Pun begitu, saya minta maaf jika ada satu atau dua slanga Inggeris yang masih ‘terbabas’. Lagipun selepas bergaul dengan juru solek dan kawan-kawan Dewi Remaja, saya semakin kerap menggunakan bahasa Malaysia sepenuhnya apabila bertutur,” jelasnya.

Beralih kepada topik peribadi, Anzalna kini dikatakan bercinta dengan seorang pelajar jurusan automotif yang sebaya dengannya dikenali sebagai Hanif. Justeru, sejauh mana kebenaran dakwaan berkenaan?

“Janganlah menggunakan istilah bercinta. Saya sebenarnya masih trauma dengan beberapa siri percintaan yang terkandas di pertengahan jalan. Lagipun usia perkenalan saya bersama Hanif baru saja beberapa bulan. Jujurnya, antara saya dan Hanif, kami lebih selesa menjadi kawan baik. Justeru, masih terlalu awal untuk kami menjangkakan perhubungan ini akan berakhir di fasa mana.

“Namun, saya tak nafikan, Hanif adalah seorang pemuda yang terlalu mengambil berat mengenai diri saya. Saya dapat rasakan, diri ini amat dihargai. Kini, saya hanya berserah kepada jodoh sama ada perhubungan ini mampu berakhir di jenjang pelamin atau sebaliknya, saya reda. Walau apapun, keutamaan tetap kepada kerjaya apabila soal jodoh saya letakkan di tangga keempat atau kelima,” katanya tersenyum.


	

Ayu Raudhah Hamil 6 Minggu, Tahniah

Ayu Raudhah Hamil 6 Minggu, Tahniah

Walaupun baru-baru ini dilanda gosip mengenai keruntuhan rumah tangga, Ayu Raudhah dan suaminya Zakuan telah menafikannya dan mendakwa rumah tangga mereka masih utuh.

Malah Zaquan juga sempat tweet yang dia sayangkan isterinya selama-lamanya. Berita yang kami baca dari Kak Pora Berita Harian semalam walau bagaimanapun mengatakan yang Ayu Raudhah kini mengandung 6 minggu.

Untuk itu tahniah diucapkan dari Beautifulnara.com. Ayu pernah berkata dia mengimpikan sepasang kembar sebagai anaknya. Kami berharap dia akan berjaya mencapai impiannya itu.\

Ayu Raudhah, Hamil, Minggu, Tahniah, gosip, mengenai, keruntuhan, rumah, tangga, Ayu, Raudhah, suami, menafikan, mendakwa, rumah, tangga, mereka, masih, utuh, Zaquan, tweet, sayangkan, isteri, selama, Kak Pora, Berita Harian, semalam, mengatakan, kini, mengandung, minggu, Ayu Raudhah Hamil artis, Ayu Raudhah Hamil berita, Ayu Raudhah Hamil bio, Ayu Raudhah Hamil foto, Ayu Raudhah Hamil hiburan, Ayu Raudhah Hamil hos, Ayu Raudhah Hamil info, Ayu Raudhah Hamil kawan, Ayu Raudhah Hamil maklumat, Ayu Raudhah Hamil malaysia, Ayu Raudhah Hamil misteri, Ayu Raudhah Hamil web, Ayu Raudhah Hamil artis, Ayu Raudhah Hamil cantik, Ayu Raudhah Hamil galeri, Ayu Raudhah Hamil pos, Ayu Raudhah Hamil artis wanita

 

Mawi Kagum Dengan Semangat Pak Lah

Mawi Kagum Dengan Semangat Pak Lah, Mawi musik, Mawi mtv, Mawi berita, Mawi Web, Mawi galeri, Datuk Yusof Haslam foto, Mawi portofolio, Mawi album, Mawi info, Mawi filem, Mawi terbaru, Mawi pos, Mawi surat, Mawi mail, Mawi model, Mawi model antarabangsa, Mawi bergaya, Mawi menawan, Mawi hebat, Mawi tubuh cantik, Mawi badan fit, Mawi tubuh fit, Mawi badan langsing, Mawi terkenal, Mawi popular, Mawi myspace, Mawi youtube,  Mawi facebook, Mawi friendster, Mawi tagged,  Mawi yahoo massanger, Mawi blog, Mawi menarik, Mawi unik, Mawi wajah, Mawi rahsia,  Mawi biodata, Mawi hiburan, Mawi terkini, Mawi seksi.

Mawi Kagum Dengan Semangat Pak Lah

Kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah beralih tangan kepada Perdana Menteri yang baru, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak berkuatkuasa hari ini (3/4).

Abdullah melepaskan jawatan Perdana Menteri selepas menerajui negara selama lebih lima tahun. Bagi penyanyi yang popular dengan gelaran ‘Raja SMS’ Asmawi Ani atau Mawi, dia kagum dengan semangat Pak Lah

asmawi

“Saya kagum dengan diri, semangat dan kerja Pak Lah.

“Jadi, saya ingin mengucapkan tahniah sepanjang beliau menjalankan pemerintahannya,” luah Mawi yang sedang sibuk dengan Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2008).