Tunggu Kenyataan Rasmi Daripada Saya – Sham Kamikaze

Tunggu Kenyataan Rasmi Daripada Saya – Sham Kamikaze

Kita dikejutkan dengan permohonan cerai yang telah difailkan oleh isteri Sham Kamikaze, Farazila Abdul Jabar.  Tidak lama selepas itu, Sham Kamikaze menerusi Facebook rasminya telah pun meminta peminatnya agar bersabar dan menunggu kenyataan rasmi daripadanya.

Selain itu Sham Kamikaze juga turut berharap agar tidak ada pihak yang membuat spekulasi dan tohmahan tentang rumahtangganya. Sham juga turut meminta peminatnya mendoakan yang terbaik.

Rasanya Sham Kamikaze perlu segera membuat kenyataan rasmi berkaitan dengan isu penceraian ini untuk cepat-cepat menjelaskan apa yang telah berlaku. Apa pun sama-samalah kita doakan agar Sham dan isterinya dapat segera menyelesaikan masalah rumah tangga mereka secepat mungkin. Semoga keputusan yang diambil memberi kebaikan kepada semua pihak.

Farid Kamil Dan Diana Danielle Bertunang Ahad Lepas

Farid Kamil Dan Diana Danielle Bertunang Ahad Lepas

Seorang demi seorang selebriti yang hangat bercinta mengambil langkah yang seterusnya dalam percintaan mereka. Terbaru, Ahad lepas, Diana Danielle dan Farid Kamil telah pun mengikat tali pertunangan. Menurut perancangan, mereka berdua bakal bergelar suami isteri dalam tempoh masa setahun.

Majlis yang dijalankan sekitar jam 4 petang di rumah ibu Diana Danielle ini telah berlangsung dengan lancar sekali. Jutaan tahniah diucapkan kepada Farid Kamil dan Diana Danielle atas berita gembira ini. Banyakkan bersabar sepanjang tempoh pertunangan ini. Jangan cepat marah, jangan cepat emosi dan jangan cepat merajuk. Kena banyak bertolak ansur.

 

Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Farid Kamil dan Diana Danielle atas berita gembira ini. Semoga mereka berbahagia hendaknya.

Natasha Hudson hamil sebulan

Natasha Hudson hamil sebulan

Berita gembira akhirnya menjelma buat pasangan pengantin Natasha Hudson dan Carleed Khaza apabila Natasha disahkan sudah hamil sebulan. Mereka berdua telah pun sah menjadi suami isteri sekitar bulan April 2012. Pasti mereka berdua sedang berada dalam fasa keterujaan sekarang ini.

Menerusi akaun twitter Natasha_Carleed, Natasha Hudson memberitahu yang dirinya sudah mula mengidam dan mengalami loya. Ini perkara biasa untuk wanita hamil terutamanya di trimester pertama. Semoga Natasha menjaga kesihatan tubuh badan dan tidak membuat kerja berat.

Tahniah kepada Carleed dan Natasha atas berita gembira ini. Semoga semuanya berjalan dengan lancar.