Category Archives: Artis Wanita

Artis Wanita

Farid Kamil Dan Diana Danielle Bertunang Ahad Lepas

Farid Kamil Dan Diana Danielle Bertunang Ahad Lepas

Seorang demi seorang selebriti yang hangat bercinta mengambil langkah yang seterusnya dalam percintaan mereka. Terbaru, Ahad lepas, Diana Danielle dan Farid Kamil telah pun mengikat tali pertunangan. Menurut perancangan, mereka berdua bakal bergelar suami isteri dalam tempoh masa setahun.

Majlis yang dijalankan sekitar jam 4 petang di rumah ibu Diana Danielle ini telah berlangsung dengan lancar sekali. Jutaan tahniah diucapkan kepada Farid Kamil dan Diana Danielle atas berita gembira ini. Banyakkan bersabar sepanjang tempoh pertunangan ini. Jangan cepat marah, jangan cepat emosi dan jangan cepat merajuk. Kena banyak bertolak ansur.

 

Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Farid Kamil dan Diana Danielle atas berita gembira ini. Semoga mereka berbahagia hendaknya.

Natasha Hudson hamil sebulan

Natasha Hudson hamil sebulan

Berita gembira akhirnya menjelma buat pasangan pengantin Natasha Hudson dan Carleed Khaza apabila Natasha disahkan sudah hamil sebulan. Mereka berdua telah pun sah menjadi suami isteri sekitar bulan April 2012. Pasti mereka berdua sedang berada dalam fasa keterujaan sekarang ini.

Menerusi akaun twitter Natasha_Carleed, Natasha Hudson memberitahu yang dirinya sudah mula mengidam dan mengalami loya. Ini perkara biasa untuk wanita hamil terutamanya di trimester pertama. Semoga Natasha menjaga kesihatan tubuh badan dan tidak membuat kerja berat.

Tahniah kepada Carleed dan Natasha atas berita gembira ini. Semoga semuanya berjalan dengan lancar.

 

Miera Liyana dan Shah Jaszle putus

Miera Liyana dan Shah Jaszle putus

Miera Liyana yang baru berumur 19 tahun mengakui yang dia bersyukur tersedar daripada lamunan cinta bersama Shah Jaszle selepas mereka berdua putus hubungan. Kini Miera sedar cinta bukanlah segala-galanya.

Biasalah tue masa bercinta memang segalanya manis. Kalau remaja umur Miera Liyana nie, orang kata itu cinta monyet. Namun cinta monyet pun bagus jugak. Boleh dijadikan pengalaman dan pengajaran di masa hadapan.

“Masa bercinta dengan dia (Shahrizal Jaszle) saya rasakan dia adalah segala-galanya sehingga saya lupa tentang perkara lain namun kekecohan dalam perhubungan kami akhirnya memberi saya hikmah yang cukup besar. Saya mengakui sebagai seorang yang masih muda, saya tidak sepatutnya meletakkan soal hati dan perasaan cinta sebagai keutamaan kerana masih banyak perkara yang boleh saya lakukan selain terlalu memikirkan soal berkenaan”.

Yang paling penting, Miera Liyana tidak ada menyimpan perasaan dendam terhadap Shah Jaszle. Kata Miera kepada wartawan Mstar Online:-

“Saya harus berterima kasih kepada dia kerana berjaya buat saya sedar bahawa cinta bukan segala-galanya dan saya kini gembira dengan kehidupan sekarang. Saya tiada apa-apa perasaan dendam atau marah kepada Shahrizal kerana hubungan kami telah pun menjadi sejarah dan apa juga keputusan yang dia buat adalah untuk masa depannya. Saya doakan yang terbaik buat dia”.