Category Archives: Artis Lelaki

Artis Lelaki

Zul Ariffin Pengsan, Menghidap Darah Tinggi Sejak Usia 23 Tahun

ohartis-zul-ariffin-pengsan-hidap-darah-tinggi

Zul Ariffin Pengsan, Menghidap Darah Tinggi Sejak Usia 23 Tahun

Pelakon Zul Ariffin memuatnaik sekeping gambar dirinya dalam keadaan cedera dimuka di laman sosial Instagram baru-baru ini. Zul yang dihubungi untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang keadaan kesihatannya menjawab;

“Sebenarnya, insiden itu berlaku pada sambutan hari raya keempat. Kejadian itu berlaku di dalam bilik saya di kampung halaman, Taiping, Perak. Saya bangun dari tidur, ketika itu waktu Subuh. Sejurus selepas saya bangun, saya terus pitam. Malangnya, muka saya terkena almari di dalam bilik saya,” jelas Zul memulakan bicara.

“Saya terus dibawa ke hospital berdekatan untuk rawatan dan pemeriksaan. Syukur, tiada apa-apa yang serius berlaku kepada saya, cuma parut di bahagian muka sahaja. Saya memang mempunyai sakit darah tinggi semenjak berusia 23 tahun. Namun ketika menjalani pemeriksaan lanjut, pihak hospital menjelaskan yang saya pitam bukan berpunca daripada penyakit darah tinggi. Tapi, saya percaya kejadian itu sedikit sebanyak disebabkan oleh penyakit itu. Maklumlah, musim raya, jadi saya dihidangkan dengan banyak makanan yang memberi kesan kepada sakit ini,” tutur hero drama ‘Kabin di Tepi Tasik’ ini.

“Setakat ini, semuanya baik-baik sahaja. Saya baru sahaja menjalani pemeriksaan dengan pakar kulit dan dia menjelaskan parut di muka saya akan sembuh dalam masa dua hingga ke empat minggu lagi. Saya juga meneruskan aktiviti seni seperti biasa. Apabila saya menjalani penggambaran, jurusolek akan menutup parut di muka saya dengan kesan solekan,” ulas Zul lagi.

Bercakap menngenai sambutan Syawal baru-baru ini, Zul menjelaskan dia menyambut ketibaan Aidilfitri secara sederhana sahaja. Dalam perkembangan terbaru, Zul bakal menjalani penggambaran drama bersiri untuk slot Akasia TV3 yang berjudul ‘Janji Adam’.

 

Nama Tengku Cleopatra Haidar Tiada Kaitan Dengan Ratu Firaun – Que Haidar

Nama Tengku Cleopatra Haidar Tiada Kaitan Dengan Ratu Firaun – Que Haidar

Pastinya anda semua mengetahui yang nama anak perempuan Que Haidar dan Linda Jasmine ialah Tengku Cleopatra Haidar. Anak kedua pasangan ini telah dilahirkan pada bulan April lepas. Pemberian nama Cleopatra telah menimbulkan persoalan kepada orang ramai kerana ianya dikaitkan dengan nama seorang ratu Firaun.

Namun Que Haidar yang telah ditemui oleh wartawan Mstar Online memberitahu yang persoalan tersebut adalah tidak masuk akal sama sekali. Menurut Que, nama tersebut telah dipilih daripada bahasa Greek yang menggambarkan seorang wanita cekal dan berkepimpinan tinggi. Kata Que:-

“Semasa membuat pemilihan nama itu saya dan isteri langsung tidak terfikir tentang kaitan nama itu dengan seorang ratu Firaun sebaliknya lebih tertumpu kepada gambaran seorang wanita yang tabah dan cekal dalam kehidupannya. Apabila orang mengatakan saya memberi nama yang tidak elok kepada anak, ia satu tuduhan yang tidak betul. Ibu bapa tidak akan berbuat demikian malah kita sentiasa mahukan yang terbaik buat zuriat kita”.

Pemilihan nama Cleopatra telah dilakukan oleh Que dengan persetujuan daripada isterinya sendiri. Bagi Que, apa yang penting ialah didikan yang diberikan mampu menjadikan anaknya mempunyai pegangan agama yang kuat. Kata Que:-

“Saya sendiri yang iqamatkan anak-anak saya dan mereka adalah seorang Islam. Apa yang lebih penting bagaimana anak-anak saya dibesarkan dan bukannya pada nama”.

Diharap dengan penjelasan ini, tiada lagi sesiapa yang mempersoalkan hal ini lagi di masa hadapan. 

 

Tunggu Kenyataan Rasmi Daripada Saya – Sham Kamikaze

Tunggu Kenyataan Rasmi Daripada Saya – Sham Kamikaze

Kita dikejutkan dengan permohonan cerai yang telah difailkan oleh isteri Sham Kamikaze, Farazila Abdul Jabar.  Tidak lama selepas itu, Sham Kamikaze menerusi Facebook rasminya telah pun meminta peminatnya agar bersabar dan menunggu kenyataan rasmi daripadanya.

Selain itu Sham Kamikaze juga turut berharap agar tidak ada pihak yang membuat spekulasi dan tohmahan tentang rumahtangganya. Sham juga turut meminta peminatnya mendoakan yang terbaik.

Rasanya Sham Kamikaze perlu segera membuat kenyataan rasmi berkaitan dengan isu penceraian ini untuk cepat-cepat menjelaskan apa yang telah berlaku. Apa pun sama-samalah kita doakan agar Sham dan isterinya dapat segera menyelesaikan masalah rumah tangga mereka secepat mungkin. Semoga keputusan yang diambil memberi kebaikan kepada semua pihak.