All posts by azuan

TATU JULIA PEREZ TERTULIS HAYYA ‘ALAL FALAH DI BELAKANG TUBUHNYA

TATU JULIA PEREZ TERTULIS HAYYA ‘ALAL FALAH DI BELAKANG TUBUHNYA

TATU pada bahagian belakang tubuh aktres sensasi Indonesia, Julia Perez (Jupe) yang tertuliskan Hayya ‘alal falah dalam tulisan Arab kemarahan ulama negara itu.

Menurut laporan portal Kapanlagi, beberapa para ulama menganggap pelakon filem Hantu Jamu Ngendong itu sengaja mencari sensasi dengan menghina Islam.

“Jupe sering mencari isu sensasi yang tidak sesuai dengan norma agama. Tambah pula ia tidak sesuai dijadikan bahan tontonan masyarakat yang majoritinya beragama Islam.

“Saya berharap pihak yang berkuasa melihat semula mengenai penghinaan agama yang dilakukan Jupe. Jika perlu, tahan saja dia,” kata Ketua Umum PP Pemuda Muhammadiyah, Dr Saleh Partaonan Daulay kepada Kapanlagi, pada Rabu.

Kalimat Hayya ‘alal falah yang bermaksud ‘mari meraih kemenangan’ merupakan salah satu ayat dalam seruan azan untuk melaksanakan solat.

Tambah Saleh, tindakan Jupe itu juga boleh mendatangkan impak negatif terhadap masyarakat.

“Jika hal ini dibiarkan oleh pihak berkuasa, maka masyarakat akan mula menilai aktres itu dan akan bertindak mengikut cara mereka,” ujarnya.

Erra Hampir Gila – Emosi Diri

Erra Hampir Gila – Emosi Diri

Bila disebut rumah tangga artis, sudah pastinya ramai peminat ingin tahu cerita sebenar apa yang sedan dilalui? Kemasyhuran yang diraih memungkinkan segala kehendak hidup mampu diisi namun di sebalik silau populariti, dirinya berada di tengah sasaran. Dia ditembak bertubi-tubi dari kiri dan kanan.

Ketika kisah rumah tangganya bersama Engku Emran mulai sunyi daripada topik bualan, kini masuk pula skandal cinta yang entah mana datangnya. Biar seteguh manapun dia bertahan, Erra akui boleh goyah.

Berbunyi klise, namun mudah sahaja situasi itu digelar pasrah. Memberi jawapan yang juga kedengarannya klise, rumusan Erra berbunyi ringkas.

“Jawapan saya mudah dan boleh jadi juga jawapan yang kedengaran klise. Saya percaya, ada sebab saya diletakkan dalam keadaan seperti ketika ini. Dulu pun, keinginan sebenar saya ialah untuk menjadi penyanyi, tapi lakonan lebih menjadi. Saya ambil semuanya dengan cara yang positif, selalu positif. Ada sebab saya di sini,” katanya.

Resolusi terakhir

Mencari sisi terbaik untuk menguraikan gelojak jiwanya, Erra sekalipun tidak melatah biar banyak dan sudah berulang-ulang juga disuakan dengan persoalan yang sama. Ternyata sepak terajang sepanjang berbelas tahun berumah di persada seni, menjadikan dia cukup berhemah dalam menepis mahupun menelan api kontroversi.

Erra tersenyum sepanjang isi hatinya mahu digali lagi. Sengaja kisah pengunduran daripada naskhah teater Tun Siti Hasmah di Istana Budaya diketepikan seketika, sementara wanita beranak satu itu mahu ingin diajak bercerita tentang pilihan-pilihan yang menjadi keutamaan kendiri.

Kata Erra, dalam memilih dan mencari sesuatu yang terpilih untuk diambil sebagai keputusan jalan hidup, dia terlebih dahulu condong untuk memikirkan perasaan orang lain.

“Akan tetapi apabila tiba satu peringkat yang menuntut saya untuk tidak lagi terlalu memikirkan perasaan orang lain, di situlah kata hati akan mengambil tempat.

“Seboleh-bolehnya, saya seorang yang mahu membahagiakan orang, namun sebelum ia menjadi racun dalam diri, barulah saya beratkan perasaan sendiri pula,” katanya.

Ruang pilihan Erra

Sambil membahagi-bahagikan pilihan ke dalam konteks suhu karier hari ini, kepercayaan serta keterbukaan berkongsi perihal diri, kata kunci ‘selektif’ masih tak lepas dari pandangan.

“Sejak dari dulu sampailah sekarang, pilihan yang diputuskan dalam karier saya dibuat atas banyak faktor. Ada yang kerana skrip, pelakon, kawan, penerbit dan ekonomi. Sekarang saya terikat dengan Astro namun saya masih ada hak untuk membuat pilihan, bukannya kerana saya terpaksa atau keterlaluan memperbodohkan diri. Tapi tak tahulah jika ada yang fikir begitu, bukan senang nak puaskan hati semua pihak. Saya anggap itu sisi lakonan saya yang berbeza daripada fasa lakonan saya yang terdahulu,” katanya menjawab soal pilihan atas kekerapan persembahan di kaca televisyen ketika ini.

Sedar bahawa iklim industri seni di Malaysia tidak seindah di luar negara, sikap terlalu menjaga satatus juga bukanlah sesuatu yang praktikal pada hemahnya.

“Saya memang cintakan karier saya tapi jika asyik hendak menjaga status atau jolokan yang diberikan, saya pun kena fikir tentang tanggungjawab saya, ada mulut yang harus saya suap,” getusnya optimis.

Masih bergerak atas topik selektif, soal kepercayaan dan keterbukaan Erra untuk berkongsi jeritan batinnya turut terpanggil untuk didekati. Kata Erra, pengalaman ‘ditikam dari belakang’ oleh rakan baik sendiri membuatkan dirinya sangat berhati-hati untuk memberi sepenuh kepercayaan kepada orang lain.

“Cuma saya bertuah sebab ada seseorang yang saya boleh beri sepenuh kepercayaan. Dia berpangkat makcik saya sendiri tapi kami sebaya. Kadang-kadang nasihatnya bukanlah perlu diikuti pun tapi bila dapat berkongsi masalah dengannya, saya akan berasa lega. Kalau simpan, boleh jadi gila,” ulas Erra yang sudah diketahui umum mempunyai ikatan persahabatan akrab bersama rakan artis seperti Datin Paduka Umie Aida dan Zahidi Rafik itu.

Apa pun Erra perlu menanamkan semangat yang kuat tuntuk mengukuhkan semula kedudukan rumahtangga nya..
sumber kosmo

Nama Tengku Cleopatra Haidar Tiada Kaitan Dengan Ratu Firaun – Que Haidar

Nama Tengku Cleopatra Haidar Tiada Kaitan Dengan Ratu Firaun – Que Haidar

Pastinya anda semua mengetahui yang nama anak perempuan Que Haidar dan Linda Jasmine ialah Tengku Cleopatra Haidar. Anak kedua pasangan ini telah dilahirkan pada bulan April lepas. Pemberian nama Cleopatra telah menimbulkan persoalan kepada orang ramai kerana ianya dikaitkan dengan nama seorang ratu Firaun.

Namun Que Haidar yang telah ditemui oleh wartawan Mstar Online memberitahu yang persoalan tersebut adalah tidak masuk akal sama sekali. Menurut Que, nama tersebut telah dipilih daripada bahasa Greek yang menggambarkan seorang wanita cekal dan berkepimpinan tinggi. Kata Que:-

“Semasa membuat pemilihan nama itu saya dan isteri langsung tidak terfikir tentang kaitan nama itu dengan seorang ratu Firaun sebaliknya lebih tertumpu kepada gambaran seorang wanita yang tabah dan cekal dalam kehidupannya. Apabila orang mengatakan saya memberi nama yang tidak elok kepada anak, ia satu tuduhan yang tidak betul. Ibu bapa tidak akan berbuat demikian malah kita sentiasa mahukan yang terbaik buat zuriat kita”.

Pemilihan nama Cleopatra telah dilakukan oleh Que dengan persetujuan daripada isterinya sendiri. Bagi Que, apa yang penting ialah didikan yang diberikan mampu menjadikan anaknya mempunyai pegangan agama yang kuat. Kata Que:-

“Saya sendiri yang iqamatkan anak-anak saya dan mereka adalah seorang Islam. Apa yang lebih penting bagaimana anak-anak saya dibesarkan dan bukannya pada nama”.

Diharap dengan penjelasan ini, tiada lagi sesiapa yang mempersoalkan hal ini lagi di masa hadapan.